Untuk bermula, dapatkan penambahan Dropbox Sign untuk Google Docs daripada gedung penambahan. Sekarang, anda boleh menyediakan dan menghantar permintaan tandatangan terus dari Google Docs dengan mengikuti langkah mudah yang berikut:
- Pilih Dokumen Google anda
- Klik Penambahan, dan kemudian Dropbox Sign. Pilihan Dropbox Sign akan muncul dalam bar sisi di sebelah kanan.
- Klik Saya Sahaja jika anda satu-satunya orang yang akan menandatangani dokumen.
- Lukis tandatangan anda dengan tetikus, dan kemudian seret tandatangan ke tempat yang diperlukan.
-
Masukkan alamat e-mel orang yang ingin anda hantarkan dokumen.
- Jika anda mahu orang lain menandatangani dokumen, anda boleh memilih “Saya dan Orang Lain” atau “Orang Lain Sahaja,” dan masukkan nama dan alamat e-mel penandatangan.
- Letakkan kotak teks tandatangan di mana-mana tempat penerima perlu mengisi dan menandatangani, kemudian hantar dokumen.
Komen
0 komen
Artikel ditutup untuk komen.