Untuk bermula, dapatkan penambahan HelloSign untuk Dokumen Google dari stor penambahan. Sekarang, anda boleh menyediakan dan menghantar permintaan tandatangan secara terus dari Dokumen Google dengan mengikuti langkah-langkah mudah berikut:
- Pilih Dokumen Google anda
- Klik Penambahan > HelloSign. Pilihan HelloSign akan muncul di bar sisi sebelah kanan.
-
Klik “Saya Sahaja” jika anda seorang sahaja yang akan menandatangani dokumen, lukis tandatangan anda menggunakan tetikus, dan kemudian seretnya ke mana ia perlu berada. Seterusnya, masukkan e-mel orang yang ingin dihantar.
- Jika anda memerlukan orang lain untuk menandatangan dokumen, anda boleh memilih “Saya dan Oran Lain” atau “Orang Lain Sahaja,” dan masukkan nama dan alamat e-mel penandatangan. Kemudian, letakkan tandatangan atau kotak teks di mana penerima perlu mengisi dan tandatangan, kemudian hantarnya.
Komen
0 komen
Artikel ditutup untuk komen.