Anda boleh menghantar permintaan tandatangan di hellosign.com atau pada aplikasi mudah alih HelloSign.
Untuk menghantar permintaan tandatangan di hellosign.com:
- Daftar masuk ke hellosign.com.
- Klik Tandatangan atau hantar.
- Pilih fail yang ingin anda hantar untuk ditandatangani.
- Untuk menambah fail daripada komputer anda, klik Muat naik fail dan ikuti prom, atau seret dan lepaskan fail di tempat yang tertera Seret dan lepaskan fail di sini.
- Untuk menambah fail daripada aplikasi pihak ketiga, klik ikon aplikasi tempat tersimpannya fail anda dan ikuti prom.
- Selepas anda menambah semua fail anda, klik Seterusnya.
- Tambah nama dan alamat e-mel orang yang perlu menandatangani.
- Perhatian: Anda boleh menambah hingga 20 penandatangan bagi setiap permintaan tandatangan.
- Klik Seterusnya.
- Klik dan seret medan yang ingin anda tambah dari bar sisi kiri ke dokumen anda. Ketahui lebih lanjut tentang cara menggunakan editor HelloSign.
- Bagi menukar orang yang ditugaskan untuk sesuatu medan, klik medan yang ingin anda tugaskan, kemudian klik menu pilihan di bawah Ditugaskan kepada dalam bar sisi kanan.
- Secara lalai, semua medan diperlukan. Untuk menjadikan medan sebagai pilihan, klik medan yang ingin dijadikan pilihan, kemudian togol Wajib kepada mati dalam bar sisi kanan.
- Klik Seterusnya.
- Di bawah Mesej untuk penandatangan, tambah tajuk dan mesej dokumen.
- Perhatian: Anda mungkin tidak mempunyai pilihan untuk menyunting medan Tajuk dokumen dan Mesej jika pentadbir dalam pasukan anda telah mendayakan pematuhan HIPAA.
- Klik Hantar untuk ditandatangani.
Untuk menghantar permintaan tandatangan pada aplikasi mudah alih HelloSign:
- Buka aplikasi mudah alih HelloSign.
- Tekan "+" (tanda tambah) di bahagian bawah skrin anda.
- Pilih fail yang ingin anda hantar untuk ditandatangani.
- Untuk menambah fail daripada peranti mudah alih anda, tekan Muat naik fail atau Muat naik daripada pustaka foto (iOS sahaja) dan ikuti prom.
- Untuk mengambil foto dokumen fizikal, tekan Ambil foto dan ikuti prom.
- Selepas anda menambah semua fail anda, tekan Seterusnya.
- Tambah nama dan alamat e-mel orang yang perlu menandatangani.
- Perhatian: Anda boleh menambah hingga 20 penandatangan bagi setiap permintaan tandatangan.
- Tekan Seterusnya.
- Tambah tajuk dan mesej dokumen.
- Tekan Seterusnya.
- Tekan medan yang ingin ditambah pada dokumen anda, kemudian tekan dokumen untuk melepaskan medan itu ke tempatnya. Ulangi langkah ini untuk menambah semua medan yang diingini. Ketahui lebih lanjut tentang jenis medan yang boleh anda tambah.
- Tekan Hantar.
Jika anda mempunyai aplikasi mudah alih HelloSign, anda juga boleh menghantar permintaan tandatangan daripada aplikasi lain seperti e-mel, Dropbox atau Google Docs. Untuk berbuat demikian, buka dokumen yang ingin dihantar untuk ditandatangani, tekan ikon perkongsian luaran (biasanya berupa kotak dengan anak panah), kemudian tekan aplikasi HelloSign. Ini akan membuka permintaan tandatangan baru menggunakan dokumen tersebut.
Komen
0 komen
Artikel ditutup untuk komen.