Anda boleh membatalkan langganan atau percubaan HelloSign, atau menghapuskan akaun anda, secara dalam talian atau melalui mel.
Untuk membatalkan langganan atau percubaan secara dalam talian:
- Daftar masuk ke akaun anda.
- Layangkan tetikus ke atas tandatangan ringkas anda di penjuru kanan sebelah atas.
- Pilih Tetapan daripada menu pilihan.
- Klik tab Pengebilan berhampiran bahagian atas skrin.
- Klik Batalkan pelan.
Anda akan menerima e-mel daripada HelloSign untuk mengesahkan bahawa langganan anda telah berjaya dibatalkan, dan anda tidak lagi akan dibil.
Untuk membuat pembatalan melalui mel:
- Anda boleh menggunakan templat ini, isikan dan hantar kepada kami di alamat di bawah.
- Jika anda tidak mahu menggunakan templat kami, anda boleh menghantar mel kepada kami untuk meminta pembatalan. Sertakan maklumat yang berikut:
- Nama pertama dan nama keluarga anda
- Alamat e-mel yang dikaitkan dengan akaun anda. Jika anda tidak mengetahui alamat e-mel itu, sertakan alamat e-mel yang terbaik untuk menghubungi anda
- Nama penuh pada kad kredit yang anda gunakan untuk membayar HelloSign
- 4 digit terakhir kad kredit tersebut
- Tarikh luput (bb/tttt)
- Poskod bil
- Jumlah yang dicaj
- Tarikh anda dicaj
Jika anda tinggal di Amerika Syarikat, Kanada atau Mexico, hantar mel pembatalan anda kepada:
Dropbox, Inc.
P.O. Box 77767
San Francisco, CA 94107
Jika anda tinggal di negara lain, hantar mel pembatalan anda kepada:
Dropbox International Unlimited Company
PO Box 13480
Dublin 2
Ireland
Perhatian: Mel yang dihantar secara fizikal akan mengambil masa yang lebih lama untuk diterima dan diproses, terutamanya jika kami tidak menerima semua maklumat yang diminta di atas. Jika akaun anda dicaj sebelum kami memproses mel pembatalan anda, caj tidak akan dikembalikan. Jika akaun anda akan diperbaharui tidak lama lagi, kami menggalakkan anda membuat pembatalan secara dalam talian untuk memastikan akaun anda dibatalkan sebelum diperbaharui.
Perhatian: HelloSign tidak memberikan bayaran balik. Selepas anda membatalkan akaun, anda boleh terus menggunakan akaun sehingga penghujung kitaran bil semasa anda. Kemudian, akaun akan diturun taraf kepada akaun percuma. Anda masih akan dapat melog masuk dan mengakses dokumen anda yang telah ditandatangani dan menggunakan versi percuma HelloSign. Jika anda membatalkan percubaan, akaun akan diturun taraf kepada akaun percuma pada penghujung percubaan 30 hari dan anda tidak akan dicaj untuk langganan.
Cara menghapuskan akaun anda
Jika anda mempunyai langganan yang aktif, anda akan diminta untuk membatalkan pelan sebelum menghapuskan akaun (lihat di atas).
Untuk menghapuskan akaun anda:
- Daftar masuk ke akaun anda.
- Layangkan tetikus ke atas tandatangan ringkas anda di penjuru kanan sebelah atas.
- Pilih Tetapan daripada menu pilihan.
- Klik tab Profil berhampiran bahagian atas skrin.
- Tatal ke Hapuskan akaun di bahagian bawah halaman.
- Klik Hapuskan akaun saya.
Anda akan diminta untuk mengesahkan yang anda memahami bahawa semua dokumen dan maklumat tidak akan dapat diperoleh semula selepas anda menghapuskan akaun. Selepas anda membuat pengesahan, log masuk anda dan semua dokumen yang berkaitan dengan akaun akan dibuang daripada sistem kami.
Komen
0 komen
Artikel ditutup untuk komen.