Pautan templat tersedia kepada pengguna Dropbox Sign dalam pelan Essentials, Standard dan Premium. Bilangan templat dan pautan templat yang boleh anda miliki bergantung pada pelan yang anda gunakan. |
Templat membolehkan anda menyediakan dokumen sekali dan menggunakan dokumen tersebut untuk mencipta berbilang permintaan tandatangan tanpa perlu memformatkan dokumen setiap kali anda memerlukan tandatangan.
Untuk mencipta templat:
- Daftar masuk ke hellosign.com.
- Klik Templat dalam bar sisi kiri.
- Klik Cipta templat di sudut kanan sebelah atas.
- Pilih dokumen yang ingin ditambah kepada pautan templat anda.
- Untuk menambah fail daripada komputer anda, klik Muat naik fail dan ikuti prom, atau seret dan lepaskan fail di tempat yang tertera Seret dan lepaskan fail di sini.
- Untuk menambah fail daripada aplikasi pihak ketiga, klik ikon aplikasi tempat tersimpannya fail anda dan ikuti prom.
- Selepas anda menambah semua fail anda, klik Seterusnya.
- Tambah peranan penandatangan. Contohnya, jika anda mencipta templat untuk perjanjian jualan, anda mungkin mahu menambah dua peranan—“Pembeli” dan “Penjual”.
- Klik Seterusnya.
- Klik dan seret medan yang ingin anda tambah dari bar sisi kiri ke dokumen anda. Ketahui lebih lanjut tentang menggunakan editor Dropbox Sign.
- Perhatian: Jika terdapat maklumat yang akan berubah-ubah setiap kali pengirim menggunakan templat, anda boleh menetapkan medan cantum kepada pengirim dalam dokumen itu.
- Klik Pratonton di sudut kiri sebelah atas untuk melihat pratonton permintaan tandatangan anda, kemudian klik menu pilihan di atas pratonton tersebut untuk memilih paparan yang ingin dilihat.
- Perhatian: Anda hanya boleh melihat pratonton di hellosign.com
- Klik Sunting untuk kembali.
- Selepas anda masukkan kesemua medan anda, klik Seterusnya.
- Tambah tajuk templat. Jika anda mahu, anda juga boleh menambah penerima CC dan juga mesej lalai untuk penandatangan.
- Klik Simpan templat.
Komen
0 komen
Artikel ditutup untuk komen.