Anda boleh membatalkan percubaan atau langganan anda secara dalam talian atau melalui mel.
Untuk membuat pembatalan dalam talian:
- Layangkan tetikus ke atas alamat e-mel anda di sudut atas kanan, kemudian klik "Tetapan."
- Seterusnya, klik "Pengebilan."
- Kemudian klik "Batalkan pelan".
Anda akan menerima e-mel pengesahan daripada HelloSign bahawa langganan anda telah berjaya dibatalkan, dan anda tidak lagi akan dibil.
Untuk membuat pembatalan melalui mel:
- Anda boleh menggunakan templat ini, isikan dan hantar kepada kami di alamat di bawah.
- Jika anda tidak mahu menggunakan templat kami, anda boleh menghantar mel kepada kami untuk meminta pembatalan. Sertakan maklumat yang berikut:
- Nama pertama dan nama keluarga anda
- Alamat e-mel yang dikaitkan dengan akaun anda. Jika anda tidak mengetahui alamat e-mel itu, sertakan alamat e-mel yang terbaik untuk menghubungi anda
- Nama penuh pada kad kredit yang anda gunakan untuk membayar HelloSign
- 4 digit terakhir kad kredit tersebut
- Tarikh luput (bb/tttt)
- Poskod bil
- Jumlah yang dicaj
- Tarikh anda dicaj
Jika anda tinggal di Amerika Syarikat, Kanada atau Mexico, hantar mel pembatalan anda kepada:
Dropbox, Inc.
P.O. Box 77767
San Francisco, CA 94107
Jika anda tinggal di negara lain, hantar mel pembatalan anda kepada:
Dropbox International Unlimited Company
PO Box 13480
Dublin 2
Ireland
Perhatian: Mel yang dihantar secara fizikal akan mengambil masa yang lebih lama untuk diterima dan diproses, terutamanya jika kami tidak menerima semua maklumat yang diminta di atas. Jika akaun anda dicaj sebelum kami memproses mel pembatalan anda, caj tidak akan dikembalikan. Jika akaun anda akan diperbaharui tidak lama lagi, kami menggalakkan anda membuat pembatalan secara dalam talian untuk memastikan akaun anda dibatalkan sebelum diperbaharui.
Sila ambil perhatian bahawa HelloSign tidak memberikan bayaran balik. Selepas anda membatalkan akaun anda, anda boleh terus menggunakan sehingga penghujung kitaran bil semasa anda. Selepas ini akaun akan diturun taraf kepada akaun percuma. Anda masih akan dapat melog masuk dan mengakses dokumen anda yang telah ditandatangan, dan gunakan versi percuma HelloSign. Jika membatalkan percubaan, akaun akan diturun taraf kepada akaun percuma pada penghujung percubaan 30 hari anda dan anda tidak akan dicaj untuk langganan.
Adakah anda ingin menghapuskan akaun anda?
Jika anda mempunyai langganan yang aktif, anda akan diminta untuk membatalkan terlebih dahulu (ditunjukkan di atas). Kemudian, lakukan yang berikut:
- Layangkan tetikus ke atas alamat e-mel anda di sudut atas kanan, kemudian klik "Tetapan."
- Klik tab "Profil" di bahagian atas.
- Klik "Hapuskan akaun saya" di bahagian bawah halaman.
Seterusnya anda akan diminta untuk mengesahkan bahawa anda memahami bahawa semua dokumen dan maklumat tidak akan dapat diperoleh semula selepas anda menghapuskan akaun anda. Selepas anda mengesahkan, log masuk dan semua dokumen anda berkaitan dengannya akan dibuang dari sistem kami.
Komen
0 komen
Artikel ditutup untuk komen.