Adakah anda telah menandatangani dokumen dan sekarang mencari salinan rekod anda? Begini cara anda boleh mencari permintaan tandatangan sebelum ini dan menyimpannya untuk rekod anda.
Jika anda ingin melihat dokumen yang lengkap (ditandatangani), anda perlu memastikan anda sedang cuba mengaksesnya menggunakan alamat e-mel yang sama seperti yang digunakan untuk menerima dan menandatangani dokumen tersebut.
Anda sepatutnya sudah menerima satu salinan dokumen yang lengkap, atau menerima pautan untuk melihatnya di HelloSign - sila cuba cari di dalam peti masuk dan folder remeh/spam untuk mencari mesej daripada noreply@mail.hellosign.com.
Sebaliknya, anda juga boleh log masuk ke dalam www.HelloSign.com dan muat turun permintaan tandatangan dari akaun anda. Sila pastikan anda menggunakan alamat e-mel yang sama seperti yang anda gunakan untuk menandatangani dokumen tersebut. Anda boleh melihat alamat e-mel di sudut atas kanan halaman anda.
Begini cara menyimpan atau mencetak dokumen di HelloSign:
- Setelah mendaftar masuk ke dalam akaun anda, pergi ke tab Dokumen dalam navigasi sebelah kiri.
- Klik anak panah di sebelah tajuk dokumen untuk mengembangkan pilihan dokumen.
- Pilih "Muat turun." Ini akan menyimpan dokumen ke pemacu keras anda.
Setelah dokumen dimuat turun ke komputer, anda boleh membukanya menggunakan pemapar PDF, dan mencetaknya terus dari sana.
Sekiranya anda tidak dapat mencari dokumen yang diingini, kemungkinan anda telah menerima dan menandatanganinya menggunakan alamat e-mel yang lain. Sila semak semula alamat e-mel permintaan tandatangan tersebut, atau hubungi support@hellosign.com dengan menyertakan alamat e-mel pihak penghantar dan kami akan cuba mengesannya.
Komen
0 komen
Artikel ditutup untuk komen.